29.6.11

Sabar Itu Indah

Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah nokhtah segala tadbir.
Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar.

Betapa pun terasa pahit 
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Allah.
Ujian itu penebus dosa . . .
Meningkatkan darjat
Menambah pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang Esa
Bagai ombak
Penghias samudera.

Cinta yang meminggirkan cinta Allah amat rendah mutunya dan tidak tahan uji.Apabila wajah kendur, cinta luntur.Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang.Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata.